Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nurul Izzah Sahkan Dipanggil Polis Berhubung Pertemuan Jacel Kiram

Nurul and Jacel
Nurul and Jacel

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan beliau telah dipanggil pihak Polis berhubung pertemuannya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

“Saya mendapat panggilan daripada Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis) dan kemungkinan esok tarikh untuk pertemuan dengan pihak polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya berhubung usul untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai pertemuan yang berlaku di Manila itu.

“Saya akan hadapinya dengan hati terbuka,” katanya sambil menegaskan ini kerana pertemuan itu berlaku di luar Dewan Rakyat.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi satu kenyataan berkata Nurul Izzah akan dirujuk kepada jawatankuasa itu berhubung pertemuan beliau dengan Jacel pada 2013.

Jacel sebelum ini, memuat naik empat keping gambar pada 9 November lepas dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah dan mendapat reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata beliau turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap individu dan pemimpin yang mengecam beliau.

“Saya akan berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan mahkamah khusus terhadap individu dan pemimpin yang telah kaitkan saya dengan tindak tanduk mengkhianati Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan