Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nurul Izzah Fail Saman Fitnah Terhadap KPN, Menteri KKLW

1:51pm 26/11/2015 Pak Roshan 224 views Mutakhir,Nasional
Nurul Izzah

Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi sebentar tadi melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Nurul Izzah sebagai plaintif berkata Khalid mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Plaintif berkata, kenyataan itu bermaksud antaranya beliau seorang penderhaka dan adalah dalang di sebalik serangan dan pencerobohan di Lahad Datu Sabah pada tahun 2013. Sementara itu katanya, Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang media di Bera Pahang pada 22 November lalu.

Katanya kedua-dua kenyataan fitnah itu adalah berhubung sekeping gambar memaparkan beliau bersama Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengetuai pencerobohan di Sabah itu.

Sehubungan itu beliau menuntut antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk dan injunksi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan fitnah sama, sama ada secara lisan atau bercetak. – BHarian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan