Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

nurul

KUALA LUMPUR : Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad, mengesahkan perkara itu.

Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa yang hadir sebagai peguam Nurul Izzah ketika ditemui media di hadapan balai tersebut, berkata Nurul Izzah dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis itu kira-kira pukul 2 petang dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sivarasa berkata tahanan itu susulan kenyataan Nurul Izzah pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan