Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nurul Izzah Anwar Gagal Masuk Sarawak

7:50pm 06/12/2015 Pak Roshan 160 views Isu Semasa,Mutakhir
Nurul Izzah

Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sarawak bertindak tegas dengan melarang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Ahad.

Larangan masuk Sarawak ke atas Nurul Izzah itu ekoran tindakannya mengadakan pertemuan mesra dengan anak bekas pemimpin pengganas sulu yang membunuh ramai anggota keselamatan negara dalam insiden Lahad Datu.

Nurul Izzah dalam kenyataannya pada Ahad bagaimanapun membantah larangan dikenakan ke atasnya tersebut dengan mendakwa ia merupakan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa negeri terbesar di Malaysia itu.

“Saya dihalang masuk ke Sarawak menerusi notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63.

“Jelas Akta Imigressen 1959/1963 hanya menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah; dan bukan kepada Ahli Parlimen yang diberi hak untuk menjalankan tugas kepada rakyat.

“Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik,” dakwanya dalam satu kenyataan itu pada Ahad.

Nurul Izzah seterusnya mendakwa, tindakan yang dikenakan keatasnya itu walau di bawah bidang kuasa khas negeri itu sebagai bertentangan dengan hak sah beliau berpolitik selaku Ahli Dewan Rakyat.

Justeru, beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Sarawak yang padanya harus ditumpukan ke atas anasir pengganas, penjenayah dari luar dan dari dalam negeri sahaja.

“Bukannya Ahli Parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah” kata Nurul Izzah.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan tetap memasuki Sarawak pada masa depan.

Pada 26 November lalu, Nurul Izzah dilarang memasuki Sabah selepas Dewan Undangan Negeri itu meluluskan usul khas berkenaan. – Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan