Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

NTCM Bantu Malim Gunung Dapat Pekerjaan Sementara

malim

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) akan menjalankan skim pekerjaan sementara untuk malim Gunung Kinabalu supaya mereka dapat bekerja di negeri lain.

Dalam kenyataannya, NTCM berkata langkah itu bagi membantu para malim mengasah kemahiran mereka mendaki gunung.

“NTCM telah menghulurkan sagu hati sebanyak RM10,000 kepada persatuan-persatuan membantu malim gunung buat masa terdekat ini,” menurut kenyataan itu.

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter, meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.

NTCM berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan ke Kundasang dan Ranau baru-baru ini bagi melihat kesan bencana itu selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Pertemuan itu bagi mencari kaedah bantuan yang boleh disalurkan untuk membantu penduduk tempatan, malim gunung dan keluarga mereka yang terlibat dalam bencana tersebut.

Selain itu, NTCM juga sedang mengenal pasti cara terbaik bagi menstabilkan semula kedatangan pelancong ke negeri Sabah yang menurutnya mengalami penurunan ekoran kejadian bencana itu.

NTCM merupakan badan penaung bagi persatuan dan organisasi pemasaran pelbagai industri pelancongan di negara ini dan menjadi penghubung antara penggiat industri dengan kerajaan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan