Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Notis penutupan jalan sekitar Kingfisher dan Alam mesra

KOTA KINABALU: Empat laluan jalan raya akan ditutup separuh jalan esok sempena dengan program Seri Mengasih Spectacular Heroes Run 2018.

Laluan berkenaan yang melibatkan Jalan Kingfisher, Jalan Sulaman, Jalan Alamesra dan Jalan Bangka-bangka akan ditutup separuh jalan bermula 5.50 pagi sehingga 9.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan dinasihatkan agar memastikan keselamatan dalam pemanduan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Larian anjuran kali ketiga itu dijangka akan disertai oleh lebih 1800 orang peserta./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan