Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nor Rizan dekati golongan kurang bernasib baik menerusi CSR

Tawau : Menerima bantuan dihulurkan Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani, baru-baru ini, cukup membuat hati Pengawal Keselamatan, Emran Laabu, 39, dari Kampung Tanjung Batu Keramat girang.

Dengan jumlah pendapatan sekitar RM 960 sebulan, Emran gigih membanting tulang empat keratnya turun ke laut selesai sahaja syifnya demi mencari rezeki tambahan untuk menyara seorang isteri dan lima anak yang masih bersekolah.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Datuk Nor Rizan dan rombongan yang sudi memberi bantuan ini kepada kami tujuh  beranak.

“Dengan kos hidup sekarang, saya sedar pendapatan masih tidak mencukupi, jadi saya perlu kuat bekerja meskipun perlu turun ke laut kerana hanya itu kemahiran yang saya miliki sejak kecil.

“Saya berharap lebih banyak pihak akan turun membantu rakyat seperti kami dan program ini perlu diteruskan pada masa depan,” kongsinya.

Rakan sekampungnya, Norintan Sukur, 51, merupakan ibu kepada tiga cahaya mata dan suami bekerja sebagai nelayan pesisir pantai juga melahirkan penghargaan yang tinggi kepada Nor Rizan atas bantuan berkenaan.

Mereka merupakan lima Ketua Isi Rumah (KIR) termasuk Japrey Bene, 34, Iskahar Sangkal, 30, dan Suriyani Matnor, 53, yang masing-masing menerima bantuan berupa kit barang keperluan harian seperti beras, milo, minyak masak dan beberapa barangan keperluan asas lain serta pemberian wang tunai bagi mengurangkan bebanan keluarga menjelang hari persekolahan tahun hadapan.

Program tersebut adalah Program Khidmat Masyarakat (CSR) secara NBOS antara pejabat SUP Sabah dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah, KPDNKK serta Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan CSR itu juga merupakan salah satu mekanisme untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan secara tidak langsung mendengar rintihan serta keluhan daripada mereka terutamanya mengenai cabaran kehidupan masa kini./PENERANGAN-

MESRA…Bapa kepada Norintan (kiri) sangat mesra ketika menerima kunjungan rombongan CSR diketuai Nor Rizan (tengah).

Komen


Berita Berkaitan