Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nonny Nadhirah bergelar isteri

BEKAS bintang Akademi Fantasia musim ke-5, Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin sah menjadi isteri kepada penolong penerbit di Media Prima Berhad (MPB), Mohamed Mustain Mohamed Adnan selepas Majlis Akad Nikah di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

 

KOTA KINABALU: Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah, selamat bergelar isteri kepada penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan, jam 11.30 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 29, sah menjadi suri hati Mustain atau nama sebenar Mohamed Mustain Mohamed Adnan, 36.

Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis pernikahan diadakan secara tertutup di sebuah hotel di sini dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen Dwen Raha, majlis akad nikah dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana Negeri merangkap jurunikah, Imbran Angun berwali hakim.

Pasangan mempelai saling memberi dan berbalas hantaran iaitu lima daripada pihak Mustain berbalas tujuh bagi pihak Nonny.

Antara hantaran termasuk cincin, kasut, beg tangan, set wangian, telekung dan jam tangan.

Nonny turut menerima mas kahwin RM100.

Pasangan raja sehari berkenaan bakal mengadakan majlis resepsi di lokasi sama malam ini. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan