Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nombor ganjil pada hari ganjil

9:11am 02/01/2016 Pak Roshan 11 views Global
SUKARELAWAN memberi bunga ros kepada pemandu sebagai cara memujuk mereka mematuhi peraturan baru jalan raya di New Delhi, semalam.

SUKARELAWAN memberi bunga ros kepada pemandu sebagai cara memujuk mereka mematuhi peraturan baru jalan raya di New Delhi, semalam.

New Delhi: Lebih sejuta kenderaan persendirian diharamkan memasuki jalan raya di sini apabila pihak berkuasa mula melaksanakan pendekatan drastik dalam usaha mengurangkan pencemaran udara di ibu negara paling tercemar di dunia.

Selama 15 hari bermula semalam, hanya kereta dengan nombor pendaftaran ganjil dibenarkan berada di jalan raya pada hari ganjil sementara yang bernombor genap pada hari lain.

Kaedah itu digunakan dalam usaha mengurangkan tahap pencemaran yang melepasi 10 kali ganda paras selamat yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Ketika pelaksanaan peraturan itu dikuatkuasakan pagi semalam, indeks tahap pencemaran mencecah 429, bermakna orang ramai berisiko mengalami masalah pernafasan manakala kanak-kanak serta orang tua perlu berada di dalam rumah.

Ratusan polis trafik dan sukarelawan berada di jalan raya bagi memastikan peraturan berkenaan diikuti, termasuk kanak-kanak yang memakai topeng penutup hidung memegang sepanduk, meminta pemandu mematuhi peraturan.

Kebanyakan pemandu dilihat mematuhi peraturan itu semalam, menyebabkan aliran trafik lancar di jalan raya di Delhi yang biasanya sesak teruk.

‘Delhi telah melakukannya,” kata Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal dalam laman Twitternya.

Sementara itu, seorang pemandu ditangkap kerana memandu kereta bernombor pendaftaran genap.

Dia didenda 2,000 rupee (RM130) sebelum diarahkan pulang. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan