Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

NKF Wujud Pusat Dialisis Di Tawau Hujung Tahun Ini

NFK

KOTA KINABALU: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) akan mewujudkan sebuah pusat dialisis di daerah Tawau hujung tahun ini dan di Menggatal pada tahun depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah NKF Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher berkata pewujudan pusat dialisis dibuat berdasarkan data direkodkan oleh NKF bagi kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi.

“Pada masa kini, NKF bersama-sama Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dalam proses perbincangan untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian berkaitan untuk membina pusat dialisis di Tawau,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian forum bertajuk ‘Meningkatkan Kualiti Kehidupan Anda’ anjuran NKF di sini Ahad.

Menurutnya di Sabah ketika ini NKF hanya mempunyai dua pusat dialisis iaitu di Kota Kinabalu dengan 11 mesin dialisis dan Sandakan dengan 12 mesin.

“Sabah adalah antara negeri yang mana ramai pesakit kurang mendapat rawatan dialisis. Pada masa kini terdapat 80 pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan di kedua-dua pusat dialisis ini iaitu di Kota Kinabalu 66 pesakit dan Sandakan 14 pesakit,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata bilangan pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang peringkat akhir semakin meningkat setiap tahun khususnya di negeri ini.

Katanya, masalah itu disebabkan ramai pesakit memerlukan bantuan kewangan dan perkhidmatan kebajikan lain dari masa ke masa.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah, yang juga Exco kesihatan negeri.

Musa berkata kerajaan juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam meringankan beban pesakit dengan menyalurkan dana ke pusat rawatan dialisis kerajaan, termasuk pusat rawatan yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan.

Katanya, agensi kerajaan seperti Muis, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut memberi subsidi kepada pesakit yang menjalani rawatan di pusat dialisis kendalian organisasi bukan kerajaan.

Komen


Berita Berkaitan