Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kenderaan terbabas, seorang maut 2 cedera

2:25pm 01/06/2016 Leolerry Lajius 318 views Tempatan
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut kerana terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Nissan  yang berlaku di Jalan Lintas berdekatan dengan Stesen Shell awal pagi tadi.

Kejadian tersebut turut menyebabkan anak mangsa berusia 32 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dalam kedaan tidak sedarkan diri manakala isteri mangsa mengalami kecederaan di bahagian rusuk kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan dipandu dari arah Lampu Isyarat Bukit Padang menghala ke Inanam dan apabila sampai di tempat kejadian kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu di pembahagi jalan.

“Mangsa telah tersepit di dalam kenderaan namun berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba. Bagaimana pun pemandu telah disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian oleh pihak ambulan.

“Manakala dua orang lagi penumpang iaitu seorang penumpang lelaki (anak mangsa) dan seorang penumpang perempuan (isteri mangsa) mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 menaiki ambulan untuk rawatan,”katanya.

Chandra turut menyatakan, pemandu juga disyaki mabuk dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan ini berlaku.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan