Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

NIOSH Sabah miliki 2 lori untuk kegunaan MTU

niosh
PENGERUSI NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye (dua dari kiri) bersalaman dengan murid-murid pada majlis Aidilfitri NIOSH di Pejabat NIOSH di Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Sabah bakal mempunyai dua lori untuk digunakan sebagai unit latihan bergerak atau `mobile training unit’ (MTU).

Dua lori itu akan ditempatkan di Kota Kinabalu dan Sandakan mulai bulan depan.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kenderaan yang sudah diubah suai itu akan digunakan untuk memberi latihan kepada pekerja, khususnya dalam ruang terkurung.

“Sebuah lori mencecah RM400,000 dan ini adalah yang pertama di Sabah,” katanya kepada media selepas majlis Aidilfitri NIOSH di Pejabat NIOSH di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengurus NIOSH Sabah, Mohd Hussin Abd Salam.

Antara sektor yang terbabit dalam latihan di ruang terkurung ialah pembinaan, perkhidmatan pembetungan, perladangan, perikanan, pengangkutan dan perkilangan.

Lam Thye berkata, latihan itu bertujuan memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja diberi keutamaan khususnya ketika beroperasi di ruang terkurung bagi mengelak kemalangan serta kematian.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta kos dalam aspek keselamatan dan kesihatan tidak dikurangkan oleh syarikat di negara ini walaupun berdepan keadaan ekonomi kurang menentu.

Mengenai kerjasama NIOSH dengan Kementerian Pendidikan dalam aspek keselamatan, Lam Thye berkata, perbincangan akan diadakan dengan Ketua Pengarah Pelajaran bagi membincangkan bagaimana NIOSH boleh membantu mengurangkan kemalangan di sekolah. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan