Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,676

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NIOSH Certification buka cawangan di Sabah, Sarawak

4:50pm 04/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU- Niosh Certification Sdn Bhd telah membuka cawangan baharu di Sabah dan Sarawak bagi memudahkan syarikat- syarikat di negeri ini mendapatkan sijil pengiktirafan.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, terdapat banyak manfaat bakal diperolehi oleh syarikat- syarikat yang menerima sijil pengiktirafan daripada NIOSH Certification.

” Diantaranya ialah syarikat luar lebih yakin untuk berurusniaga bersama syarikat- syarikat tempatan yang mempunyai sijil pengiktirafan daripada NIOSH Certification dan ia turut menunjukkan bahawa sesebuah syarikat itu mementingkan keselamatan para pekerjanya,” katanya dalam satu sidang media di pejabat NIOSH, dekat sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata anak syarikat milik NIOSH itu dipertanggungjawabkan untuk memberi sijil pengiktirafan kepada syarikat yang layak.

” Terdapat empat jenis pensijilan yang disediakan oleh pihak NIOSH termasuklah Sijil Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OSHAS18001 dan MS1722, Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001, Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan ISO22000,” katanya.

Turut hadir, Pengurus NIOSH Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Hussin Abdul Salam.

Sementara itu, beliau turut menyarankan para majikan agar mengambil inisiatif dalam menganjurkan program keselamatan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan para pekerja bahawa pentingnya menjaga keselamatan di atas jalan raya.

Menurutnya, jumlah kes kemalangan ulang- alik kerja telah meningkat sebanyak 18.6 peratus iaitu dari 24,089 kes (tahun 2011) kepada 28,591 kes (tahun 2015).

” Mereka harus diberitahu bahawa apabila mereka berada di jalanraya, mereka perlu fokus tentang keselamatan mereka. Kemalangan berlaku apabila seseorang itu tidak fokus terhadap keselamatan di jalan raya,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan