Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NIOSH bakal jalin kerjasama bersama KPM- Lee

2:40pm 29/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 8 views Tempatan
SUMBANGAN... Lee serah duit raya kepada para anak-anak yatim yang hadir

SUMBANGAN… Lee serah duit raya kepada para anak-anak yatim yang hadir

KOTA KINABALU- Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bakal jalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah
Menurut Pengerusi NIOSH, Tan Sri Panglima Lee Lam Thye, program ‘OSH in School’ merupakan langkah proaktif bagi mencegah kemalangan di kawasan sekolah.
katanya, sekolah bukan sahaja tempat para pelajar menuntut ilmu namun ia merupakan tempat kerja bagi para guru dan kakitangan sekolah yang lain.
“Sebagai sebuah tempat pekerjaan, NIOSH berperanan untuk memastikan persekitaran kawasan sekolah selamat,”katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitiri NIOSH 2016, disini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan para majikan agar tidak sesekali mengabaikan kebajikan pekerja terutamanya dalam aspek keselamatan dan kesihatan.
“Saya berharap apa juga tindakan yang diambil oleh industri negara kita dalam mengurangkan kos operasi syarikat mereka agar tidak menjejaskan aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja.
“Sekiranya para majikan dapat menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja mereka, ini akan membantu meningkatkan produktiviti pekerja sekaligus meningkatkan keuntungan organisasi itu sendiri,”tegasnya.
Sementara itu, Lee turut berkata bahawa NIOSH Sabah bakal menerima dua buah Unit Latihan Bergerak (MTU) pada bulan Ogos, tahun ini.
Kedua-dua unit trak itu masing-masing ditempatkan di daerah ini dan juga daerah Sandakan.
Katanya, MTU bertujuan untuk memberi latihan khususnya latihan di ruang yang sempit (Confined Space) kepada semua industri di negara ini.
Dalam masa sama, Lee turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Rumah As- Sakinah yang hadir dalam majlis tersebut. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan