Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NIOSH akan terus membantu dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan industri di Sabah

6:49pm 14/01/2016 Leolerry Lajius 44 views Tempatan

IMG_1134

KOTA KINABALU:“NIOSH akan terus membantu dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan industri di negeri ini berikutan peningktan dalam aktiviti minyak dan gas, perladangan kelapa sawit, projek pembinaan, hospitaliti dan juga pelancongan yang terus menjadi penyumbang utama ekonomi.”

Demikian ungkapan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, ketika berucap merasmikan Pejabat NIOSH bagi cawangan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini.

“Dalam memberi keberkesanan kepada peranan NIOSH, dua buah unit trak simulasi mudah alih ruang terkurung diberikan kepada pejabat Kota Kinabalu dan Sandakan yang akan memberi satu kemudahan kepada negeri ini terutamanya pergerakan ke daerah-daerah kecil dan pedalaman,” katanya.

Beliau juga menyeru para majikan di negara ini agar mempertingkatkan kesedaran dan perhatian terhadap insiden kemalangan pergi atau balik ke tempat kerja yang semakin membimbangkan.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kadar kemalangan pergi atau balik ke tempat kerja menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

“Hal ini jelas apabila kemalangan pergi atau balik ke tempat kerja meningkat kepada 23,831 kes pada tahun 2015 berbanding 22,036 kes pada 2010,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan