Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nilai eksport koko dijangka terus meningkat tahun ini

8:06pm 15/08/2016 Leolerry Lajius 32 views Tempatan
Mah Siew Keong (tengah) mengambil gambar kenangan bersama pegawai-pegawai lembaga koko.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mah Siew Keong (tengah) mengambil gambar kenangan bersama pegawai-pegawai lembaga koko.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Nilai eksport koko dan produk berasaskan koko menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding RM4.8 bilion yang direkodkan pada tahun 2014.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, nilai eksport koko negara pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan dan dijangka akan mengatasi nilai eksport tahun lepas.

“Pada tahun lepas eksport koko dan produk berasaskan koko adalah sebanyak RM5.03 billion yang mana destinasi utamanya ialah Amerika Syarikat, Jepun, China, Kanada dan Australia,”katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Makmal Rintis Coklat, di sini, hari ini.

Beliau juga turut menggesa Lembaga Koko Malaysia (LKM) agar sentiasa turun padang membuat pemantauan dan membantu pekebun koko.

Projek pembinaan Makmal Rintis Coklat adalah program di bawah RMKe10 dengan peruntukan berjumlah RM1.1 juta.

Kemudahan yang terdapat dalam makmal ini adalah mesin pengeluaran coklat iaitu ‘tempering machine’ dan ‘3 in 1 refiner conche’ serta pembungkusan dan ruang latihan pembuatan coklat untuk menggalakkan perkembangan industri pembuatan coklat di negeri ini. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Mah Siew Keong (tengah) menunjukkan bungkusan produk berasaskan koko yang telah siap dibungkus.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mah Siew Keong (tengah) menunjukkan bungkusan produk berasaskan koko yang telah siap dibungkus.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan