Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nilai 127 Geran Tanah Dirampas SPRM Daripada Timbalan Pengarah Dianggarkan Rm30 Juta

10:08pm 10/10/2016 Pak Roshan 1499 views Jenayah,Mutakhir

barang-kemas

KOTA KINABALU : Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (APRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.

“SPRM juga telah menerima maklumat berhubung beberapa akaun bank milik kedua-dua suspek (pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan itu) di tiga buah negara yang mana siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.

“Maklumat awal mendapati, pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya ialah milik timbalan pengarah tersebut,” menurut sumber berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber berkenaan, setakat hari ini, SPRM telah merakam percakapan 40 orang saksi berhubung siasatan ‘ops water’.

Menurutnya mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan anggota keluarga timbalan pengarah itu, pekerja beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion.

Sumber berkenaan juga menyebut bahawa SPRM dijangka memohon untuk menyambung reman kesemua suspek yang tempoh reman mereka tamat esok.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur..

Ia juga adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan