Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nikmati sajian juadah kampung sempena ramadan ini

11:47am 04/06/2016 Leolerry Lajius 164 views Tempatan

20160602_124331_resized

KOTA KINABALU: Kerinduan untuk menikmati juadah kampung dan tradisional boleh dilepaskan hanya dengan mengunjungi Restoran Soul Out di Hotel Grand Borneo.
Restoran yang terletak di aras dua hotel berkenaan bukan sahaja menjadi pilihan para penggemar makanan, tetapi menjadi lokasi wajib untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Bukan hanya dikunjungi pelanggan beragama Islam, restoran tersebut turut digemari pelanggan dari pelbagai latar belakang untuk sama-sama merasai kenikmatan daging kambing percik, sup daging lada hitam, laksa Sarawak dan juga sate.

20160602_124522_resized_3

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran Soul Out yang dikendalikan Eksekutif Chef Asli tampil dengan juadah memikat selera apabila menyajikan pelbagai menu ala kampung dan tradisional seperti set ulam-ulaman, ikan goreng, pecel dan sebagainya.

Pengurus Hotel Grand Borneo, Azahar Sanusi berkata, selain terletak di lokasi strategik, restoran berkenaan juga menjadi pilihan para pelanggan bagi memenuhi citarasa mereka.

20160602_114234_resized_4
Katanya, atas kehendak itu, pihak hotel telah menyediakan pelbagai juadah dengan tema yang berbeza bagi memberikan  kepuasan kepada pelanggan.

Keistimewaan restoran ini juga terserlah  apabila pihak hotel memberikan diskaun rendah iaitu RM55 seorang kepada pengunjung yang mempunyai baucar dan RM65 tanpa baucar (Walk in).

“Kita juga akan memperkenalkan potongan harga sebanyak RM10 pada tiga hari pertama bulan Ramadan (1 hingga 3 Ramadan) iaitu pada kadar RM45 seorang,” katanya.

Juadah istimewa sempena bulan ramadan ini boleh dinikmati bermula pada 6 Jun sehingga 3 Julai dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam.

Untuk keterangan lanjut pengunjung boleh menghubungi pihak hotel di talian 088-526888
atau melalui laman web: www.grandborneohotel.com./SayangSabah

20160602_114207_resized_2

 

20160602_114138_resized_4

 

20160602_114455_resized_2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan