Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nikmati produk disebalik pagar besi berduri

6:02pm 21/01/2016 Leolerry Lajius 168 views Tempatan

IMG20160119114932

KOTA KINABALU: Siapa sangka di sebalik pagar besi yang tinggi dan berduri juga turut mempunyai perkhidmatan untuk memberikan peluang kepada masyarakat merasai hasil sentuhan penghuni di sebalik pagar berduri tersebut.

Penjara Wanita Kota Kinabalu, yang menempatkan seramai 269 juga menawarkan perkhidmatan membuat biskut, kek, karipap sejuk beku serta hasil kraftangan dan jahitan yang dibuat sendiri oleh penghuni penjara tersebut.

IMG20160119115001

Menurut Penolong Kanan Komisioner Penjara Wanita Kota Kinabalu ACP Lim Kim Mooi, hasil tersebut adalah hasil buatan sendiri oleh penghuni penjara  dan orang ramai boleh menempah biskut tersebut dari Galeri Produk Penjara bila-bila masa sahaja.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menempah produk yang dibuat sendiri oleh penghuni penjara ini, tidak mengira ketika musim perayaan atau pada hari-hari biasa dan harganya juga amat berpatutan,” katanya.

Bagi yang berminat untuk merasai kelazatan produk tersebut boleh menghubungi pihak penjara wanita melalui talian 088-319004, atau melalui fax 088-319471, email [email protected]-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG20160119115008

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan