Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nikmati menu masakan Malaysia-India di Spice Island Sutera Harbour

11:50pm 26/02/2016 Leolerry Lajius 61 views Perniagaan,Tempatan
Kambing Kali Miri

Kambing Kali Miri

Ais Krim Golek Kelapa

Ais Krim Golek Kelapa

 

KOTA KINABALU: Menu masakan Malaysia-India sudah tentu memberikan kepuasan kepada pengunjung yang gemar menikmati hidangan yang dimasak dengan rempah yang segar dengan kombinasi yang unik dan lazat.

Sutera Harbour Marina and Country Club yang bertempat di Spice Island memberikan peluang kepada anda untuk menikmati hidangan yang berbeza dari tempat-tempat lain walaupun nama masakan tersebut sama.

Antara menu yang disajikan kepada pengunjung adalah Rendang Daging Minang dengan hanya RM35.00 setiap hidangan, Kambing Kali Miri dengan hanya RM45.00 setiap hidangan, dan juga minuman Lemongrass Tea dengan hanya RM12.00 setiap hidangan serta banyak lagi menu-menu lain yang boleh dinikmati.

Pengunjung juga berpeluang untuk merasai promosi Set Thali iaitu satu hidangan masakan india yang akan dibuat bermula pada 1 Mac sehingga 30 April ini.

Peluang keemasan ini boleh dinikmati oleh para pengunjung bermula pada jam 6.30 petang sehingga 11 malam setiap hari dan untuk keterangan lanjut boleh menghubungi +60 88 308 175+60 88 318 888 atau melalui email ke [email protected]. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Meen Kuzhambu

Meen Kuzhambu

Rendang Daging Minang

Rendang Daging Minang

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan