Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nikmati kemeriahan ROK september ini

7:05pm 22/08/2016 Leolerry Lajius 26 views Kota Kinabalu,Pelancongan,Tempatan,Warisan Budaya
Rodzuan (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur menunjukkan poster konsert berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rodzuan (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur menunjukkan poster konsert berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab membangunkan kebudayaan dan kesenian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, (JKKN) Sabah sekali lagi akan menganjurkan Rythm of Kinabalu 2016 (ROK).

Konsert yang bertemakan ‘Sabah Authentic Musical Concert’ itu akan diadakan pada 9 hingga 10 September depan bertempat di Auditorium Kompleks JKKN.

Menurut Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan Rodzuan Bin Ismail, konsert ini bertujuan untuk mengetengahkan persembahan daripada Kumpulan Okestra Muzik Tradisional Borneo yang unik dan berkualiti.

“Sempena konsert ini instrumen daripada alat muzik tradisional yang diperbuat daripada buluh, logam dan kayu akan diketengahkan yang turut digabungkan dengan muzik moden serta gabungan muzik tradisional sape dari bumi kenyalang.”

“Konsert ini juga dapat memberi ruang kepada semua penggiat seni muzik Sabah untuk mempersembahkan karya mereka serta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan khususnya tentang penghayatan nilai-nilai budaya dan bangsa yang masih terpelihara sehingga ke hari ini,”katanya.

Sejak program ini dilaksanakan pada tahun 2012, ROK telah berjaya menarik penyertaan seramai 8000 orang pengunjung dan menunjukkan peningkatan setiap tahun serta turut menunjukkan peningkatan ketara dan kehadiran pelancong antarabangsa juga terus meningkat kepada 10 peratus pada tahun lalu.

Program Musical Parade yang diselaraskan oleh Persatuan Anak Wayang Sabah dan Kinabalu Amatuer Radio Transmitting Society (KARTS) turut diadakan sebagai usaha mencungkil bakat-bakat muda dalam industri muzik.

“Musical Parade diadakan dalam bentuk pertandingan perarakan muzik secara berkumpulan dengan menggunakan pelbagai alat muzik tradisonal dan moden termasuk bahan-bahan terbuang yang akan menawarkan hadiah berupa wang tunai RM1500.00 (Johan), RM1000.00 (Naib Johan) dan RM800.00(Ketiga),”katanya.

Tiket bagi menyaksikan konsert ini dijual pada harga RM100.00, RM50.00 dan RM30.00 yang boleh didapati di JKKN Sabah dan bagi pengunjung yang membeli tiket pada harga RM100.00 dan RM50.00 akan mendapat baucar dari pihak Nando’s.

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah Konsert ROK, Musical Parade, Pameran alat-alat muzik tradisional Sabah, bengkel asas muzik tradisional, acoustica muzik, gerai jualan dan juga turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis jemputan serta persembahan daripada pemuzik berkumpulan dan individu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Kamarul Kowasin ketika membuat persembahan sempena sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Kamarul Kowasin ketika membuat persembahan sempena sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan