Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nikmati keindahan hutan di Lembah Danum

 

gallery_24
KEJERNIHAN air gunung yang sejuk pasti mengujakan di Lembah Danum. – Gambar www.danumvalley.info/

Keindahan alam semula jadi yang ditawarkan sesuatu yang cukup mengujakan. Kepelbagaian flora dan faunanya juga membuatkan pencinta alam semula jadi terpegun dengan Kawasan Pemulihan Lembah Danum.

Terletak 83 kilometer ke barat daya Lahad Datu, Lembah Danum destinasi menggamit pengunjung terutama yang inginkan kedamaian.

Diiktiraf sebagai antara ekosistem paling kompleks di dunia, hutan ini habitat semula jadi spesies hidupan liar terancam seperti banteng, gajah Asia, harimau dahan, orang utan, monyet proboscis serta pelbagai fauna tanah rendah di Sabah.

Terdapat kira-kira 270 spesies burung direkodkan di kawasan ini.

Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di kawasan hutan simpan seluas 40.877 meter persegi.

Menariknya, di sini juga menjadi eko-resort pertama di Sabah dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge yang turut menyediakan restoran, bar dan chalet selesa menghadap Sungai Danum.

Antara aktiviti yang ditawarkan ialah berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan meredah hutan balak dan kilang kayu berhampiran.

Untuk ke sini, perjalanan menggunakan kereta atau pacuan empat roda dari Lahad Datu mengambil masa dua jam selepas melalui jalan utama Lahad Datu-Tawau selama 15 minit.

Perjalanan selanjutnya melalui trek balak dan pastinya berbaloi untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sini. – myMetro Online

in_02.3 River Lodge

51414781

Komen


Berita Berkaitan