Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nikmati keenakan juadah berbuka ala kampung di Hotel Horizon

1:23pm 11/06/2016 Leolerry Lajius 36 views Tempatan

20160608_174127_resized (1)
Kota Kinabalu :Kerinduan untuk menikmati juadah kampung dan tradisional boleh dilepaskan hanya dengan mengunjungi Deco & Cafe Grill di Hotel Horizon.

Restoran yang terletak di aras bawah hotel berkenaan bukan sahaja menjadi pilihan para penggemar makanan, tetapi menjadi lokasi wajib untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Bukan hanya dikunjungi pelanggan beragama Islam, restoran tersebut turut digemari pelanggan dari pelbagai latar belakang untuk sama-sama merasai kenikmatan daging kambing golek, sup tulang berempah, makanan kampung hitam, daging bakar, salad dan juga sate.

20160608_174139_resized

Sepanjang bulan Ramadan ini, juadah di Hotel Horizon menyajikan juadah memikat selera dengan menu ala kampung dan tradisional.

Antara sajian yang menjadi tarikan pastinya set ulam-ulaman, kuih muih dan banyak lagi hidangan lain  bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Sempena bulan ramadan ini, pihak hotel juga menawarkan diskaun serendah RM78.00 bagi pemegang baucar dan RM90.00 bagi bukan pemegang baucar manakala bagi kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun pula adalah RM50.00 dan bagi yang 5 tahun ke bawah adalah percuma untuk menikmati sajian istimewa di hotel ini.

Promosi ini bermula pada 6 Jun hingga 3 Julai dan untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi Filzah  Athira  di talian 01093444698 atau 088 518000./SayangSabah

20160608_180730_resized

 

IMG-20160608-WA0087

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan