Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nikmati juadah berbuka sambil menikmati keindahan matahari terbenam

12:34pm 04/06/2016 Leolerry Lajius 49 views Tempatan

a

KOTA KINABALU: Hotel Grandis Kota Kinabalu yang terletak di Kompleks beli belah Suria Sabah sekali lagi pada tahun ini sempena musim ramadan memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati kelazatan juadah sempena bulan ramadan di Rosea Cafe.

Antara juadah yang boleh dinikmati oleh pelanggan sepanjang bulan ramadan ini adalah makanan tradisonal masyarakat tempatan sabah, melayu, cina serta barat yang terdiri daripada lebih 100 hidangan.

Hotel ini juga mengalu-alukan pelanggan untuk mengunjungi SKY Blu Bar bagi menikmati keindahan matahari terbenam sementara menanti waktu berbuka.

b

Sky Blu Bar yang terletak di atas bumbung hotel ini bukan setakat memberikan peluang keemasan buat pelanggan untuk menikmati matahari terbenam malah turut dihiasi dengan keindahan pemandangan panorama laut yang turut diserlahklan dengan keindahan kelompok pulau-pulau yang kaya dengan nilai keindahannya.

Makanan yang disajikan secara buffet di Rosea Cafe ini bermula pada 6.00 petang sehingga 10.30 malam, hanya menawarkan harga RM85.00 seorang dan RM70.00 baucar diberikan bagi tempahan awal.

Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi talian 088 522 888 atau 088 522 872 (Rosea Café).-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

c

 

bf

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan