Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nikah seawal 9 tahun

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

London: Seseorang gadis boleh dinikahkan dengan anggota Negara Islam (IS) seawal sembilan tahun walaupun usia paling ideal ialah 16 atau 17 tahun.

Mereka juga sepatutnya tidak ‘tercemar’ dengan melakukan sebarang pekerjaan.

Itu adalah antara panduan yang perlu diikuti wanita IS melalui dokumen diterbitkan anggota kumpulan itu, lapor media semalam.

Melalui dokumen berjudul Wanita Dari Negara Islam: Manifesto dan Kajian, IS berpendapat wanita harus terlindung dari dunia luar dan meninggalkan rumah hanya dalam keadaan tertentu saja.

Kedai fesyen dan salun kecantikan pula dikeji sebagai anasir jahat.

Manifesto separa rasmi IS terhadap wanita yang dipercayai manifesto pertama dicipta, diterbitkan di dalam forum jihad di Arab lalu dan dikatakan menjadi bahan rujukan media kepada Briged al-Khansa, kumpulan militia wanita yang ditubuhkan IS.

Dokumen itu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh penentang fahaman pelampau Quilliam.

Manifesto itu menyebut: “Dari usia tujuh hingga sembilan tahun, ada tiga cabang pendidikan, iaitu fiqh (pengetahuan tentang hukum Islam) dan agama, bahasa Arab al-Quran (tulisan dan lisan) serta sains (perakaunan dan sains semula jadi).

Keseluruhannya, dokumen itu menjelaskan hak dan panduan hidup untuk wanita Muslim menurut perspektif konservatif IS. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan