Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nigerian Scam: RM3.1 juta kerugian di Kota Kinabalu

3:16pm 08/09/2016 Pak Roshan 1478 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

chandraacpkk

KOTA KINABALU: Seramai 86 individu, termasuk enam lelaki tempatan berumur 30 hingga 50 tahun di bandar raya ini mendakwa menjadi mangsa penipuan atas talian atau Nigerian Scam dengan nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM3.1 juta.

Jumlah berkenaan berdasarkan statistik sejak lima tahun lalu, membabitkan RM1.5 juta nilai kerugian akibat penipuan berkaitan ‘love scam’ dengan sebahagian besar mangsa adalah wanita tempatan serta RM1.6 juta lagi penipuan parcel.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata perangkaan itu menunjukkan kerugian akibat kes penipuan atas talian di bandar raya ini serius serta membimbangkan.

“Sebanyak 23 kes penipuan atas talian atau Nigerian Scam direkodkan sepanjang 2012, namun menurun kepada 18 kes pada 2013 dan tahun berikutnya dengan hanya tujuh kes.

“Bagaimanapun, kes kembali meningkat kepada 19 kes tahun lalu, manakala sehingga 30 Ogos ini, jumlah kes dilaporkan juga sudah 19 kes,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini hari ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan