Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nicol Mara Ke Suku Akhir TOC Di New York

nicol

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David berjaya melepasi halangan pertama dan mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Juara-Juara (TOC) yang berlangsung di New York, pada Selasa.

Pada pusingan pertama di dalam gelanggang kaca di Grand Central Terminal, anak kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu menewaskan pemain Australia, Rachel Grinham 6-11,11-6,11-5 dan 11-7.

Menurut laman web rasmi kejohanan itu, www.tocsquash.com, juara dunia kali kelapan itu akan bertemu pemain dari England, Alison Waters pada perlawanan suku akhir yang akan diadakan lewat hari ini.

Alison berjaya menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan Samantha Teran dari Mexico 6-11,11-6,11-3 dan 11-5. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan