Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NHMS mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah mental mengalami peningkatan

7:49pm 03/03/2016 Leolerry Lajius 98 views Tempatan
Mariati (dua dari kanan) memberikan sijil kepada peserta yang mengikuti seminar tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mariati (dua dari kanan) memberikan sijil kepada peserta yang mengikuti seminar tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kanak-kanak berumur 1 hingga 15 tahun yang menghadapi masalah mental mengalami peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Statistik peningkatan itu adalah daripada 13 peratus pada 1996 kepada 19.3 peratus pada 2006 dan 20  peratus pada 2011.

Majlis Penasihat Wanita Sabah Datuk Mariati Robert berkata, lebih membimbangkan apabila hasil kajian pada 2011 turut menunjukkan terdapat rancangan membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak iaitu masing-masing 1.7 peratus , 0.9 peratus dan 0.5 peratus.

“Antara punca kanak-kanak terbabit mengalami tekanan perasaan ini adalah disebabkan penceraian ibu bapa, keadaan persekitaran, tidak mampu menjalankan aktiviti dan diskriminasi oleh rakan sebaya.

“Sehubungan itu, hubungan ibu bapa dan anak serta kasih sayang yang diberikan dan aktiviti riadah menjadi satu sumber sokongan yang amat berkesan dalam mengurangkan tekanan mental dan emosi anak-anak,” katanya ketika merasmikan penutupan Seminar Kecergasan Mental, Fizikal dan Minda Sihat di Wisma Wanita.

Beliau yang juga Peguam Besar Negeri Sabah berkata, masalah mental dalam kalangan remaja juga semakin meningkat iaitu 13 peratus pada 1996, 19.6 peratus pada 2006 dan 20 peratus pada 2011.

Katanya, prevalen kemurungan dalam kalangan dewasa yang menetap dalam bandar khususnya Malaysia ialah 1.8 lebih tinggi berbanding luar bandar.

“Untuk pengetahuan, wanita mempunyai 2 kali ganda iaitu 3.1 peratus lebih tinggi mengalami kemurungan berbanding lelaki iaitu 1.8 peratus.

“Justeru itu, kita hendaklah sentiasa peka dan menjaga kesihatan minda kita dengan mengamalkan sikap positif, bersenam dan diet makanan yang teratur,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pelbagai langkah lebih egresif sedang dan akan diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) bagi membangunkan program kesihatan minda.

Terdahulu, seramai 450 peserta daripada kakitangn kerajaan, NGO dan swasta menyertai seminar berkenaan.

Seminar itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan minda sihat serta merayakan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia pada 8 Mac.

Hadir sama Pengerusi JK Kesihatan Majlis Penasihat Wanita Sabah, timblaan pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (jhews) Myrna Jimenez.-SayangSabah

Mariati (tengah) mengambil gambar bersama peserta seminar tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mariati (tengah) mengambil gambar bersama peserta seminar tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan