Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NGO Sokong Larangan Nurul Izzah Masuk Sarawak

9:19pm 07/12/2015 Pak Roshan 111 views Isu Semasa,Mutakhir
Nurul Izzah

Nurul Izzah

KOTA KINABALU : Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional menyokong tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu semalam.

Presidennya, Zulkarnain Mahdar berkata tindakan itu selari dengan peruntukan kuasa negeri untuk tidak membenarkan mana-mana individu yang didapati boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya memasuki negeri berkenaan.

“Sarawak turut memahami perasaan rakyat Sabah dalam isu pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram iaitu anak kepada Jamalul Kiram yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Pada 9 Nov lepas, tersebar gambar Nurul Izzah bersama Jacel, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Zulkarnain berkata perasaan sedih itu turut dikongsi rakyat Sarawak apabila seorang daripada perajurit iaitu pegawai Cawangan Khas ASP Michael Padel yang gugur dalam insiden itu berasal dari Sarawak.

Beliau berkata Jacel sehingga kini dilihat masih meneruskan usaha ayahnya berkempen menuntut Sabah sekiranya menang sebagai senator di salah sebuah daerah di Filipina.

Semalam, Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira pukul 4 petang.

Beliau yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai itu tiba di Sarawak menaiki penerbangan AK5120 kemudiannya menaiki pesawat AK5211 kembali ke Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan