Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

NGO Pro-BN Buat Laporan Terhadap Tony Pua

tony
Foto : freemalaysiatoday

KOTA KINABALU : Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro-Barisan Nasional hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen DAP Tony Pua yang mengaku beberapa kali menemui editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang didakwa berniat jahat terhadap kerajaan Malaysia.

Presiden pakatan itu Zulkarnain Mahdar berkata dengan pendedahan Pua itu sendiri, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap Pua kerana pertemuan itu merupakan satu bukti kukuh mengenai kemungkinan penglibatan Pua berhubung isu dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami juga mahu supaya Pua meletak jawatan sebagai panel ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat 1MDB tetapi pada masa sama memfitnah 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Zulkarnain berkata siasatan dalam PAC merupakan perkara sulit dan Pua tidak seharusnya berada dalam kumpulan ahli panel itu.

Semalam, Pua mendedahkan beliau ada bertemu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown beberapa kali di Singapura, Indonesia dan London.

Pua bagaimanapun menafikan pertemuannya dengan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo dan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan