Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NGO Pro BN Buat Laporan Polis Berkaitan Kenyataan Fitnah 1MDB

5:57pm 08/04/2016 Pak Roshan 53 views Mutakhir,Politik

pro-bn2

KOTA KINABALU : Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional (NGO Pro BN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah berkaitan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata pihaknya meminta polis menyiasat kenyataan bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kononnya polis sengaja menahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagi menghalangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat ketika laporan PAC itu diedarkan semalam.

“Ini satu tuduhan yang amat jahat ke atas pihak polis dan dilihat sebagai satu cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat dan rakaman (video) tersebut telah tersebar di Facebook dan WhatsApp,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada kira-kira 10.30 pagi.

Zulkarnain berkata pihaknya turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya terlibat dalam isu 1MDB sehingga menyebabkan syarikat itu kehilangan RM42 bilion.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan