Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NGO Persoal Tindakan Lajim Pertahan Nurul Izzah

6:59pm 03/12/2015 Pak Roshan 134 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Datuk-Seri-Lajim-Ukinnurul-izzah

KOTA KINABALU : Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional mempersoal tindakan Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin yang mempertahankan pertemuan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram.

Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata bagaimana mungkin Lajim dan wakil rakyat PKR serta DAP sanggup untuk terus mempertahankan tindakan Nurul Izzah sedangkan naib presiden mereka itu sendiri telah mengakui kesilapannya.

“Di manakah rasa kecintaan Lajim, wakil rakyat PKR dan DAP terhadap bumi Sabah serta anggota keluarga perajurit yang telah terkorban? (ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 2013),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkarnain turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Lajim itu lebih-lebih lagi apabila Anggota Dewan Undangan Negeri Klias itu menyifatkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel bukanlah satu kesalahan besar.

Pada 9 Nov lepas, tersebar gambar Nurul Izzah bersama Jacel, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Zulkarnain berkata Lajim juga dilihat cuba memutarbelitkan fakta untuk mengendurkan kemarahan rakyat terhadap Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, beliau percaya tindakan Lajim itu tidak mungkin berjaya kerana rakyat Sabah cukup bijak menilai pertemuan tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan