Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

NGO, persatuan hulu bantuan buat mangsa kebakaran Tawau

ngo tawau

TAWAU — Persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini disaran untuk membantu memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjong Batu Keramat Laut, Tawau, baru-baru ini.

Semalam, beberapa persatuan dan NGO di daerah ini telah menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit, pakaian terpakai dan keperluan asas kepada mangsa terbabit.

Antaranya yang menyumbang ialah Kelab Sahabat Sukan Tawau (Sasta), Olok-Olok Bola, Kelan Rakan Muda Tawau dan Penggiat Cergas Zumba Tawau (Kitty Studio).

Turut menyumbang Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Sabah. Sumbangan tersebut diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Kesemua mangsa kebakaran di tempatkan di Balai Raya Kampung Tanjong Batu dan ada sebahagian tinggal bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain.

Isnin lalu, sebanyak 81 buah rumah setinggan di Kampung Tanjong Batu Laut, dekat sini hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang bermula pada pukul 6.20 petang.

Kesemua mangsa dilaporkan selamat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Tawau menganggarkan jumlah kerugian akibat kebakaran itu adalah sebanyak RM5 juta.

Komen


Berita Berkaitan