Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NGO harus melaksanakan CSR

Tawfiq menyiram air  kepada kanak-kanak yang berkhatan

Tawfiq menyiram air kepada kanak-kanak yang berkhatan

TAWAU: Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) harus melaksanakan tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berteraskan konsep kebajikan.
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ini kearah memenuhi agenda sosial negara, perkhidmatan kepada komuniti  melalui penglibatan NGO dapat membantu kerajaan khususnya dalam memenuhi keperluan masyarakat  terutama di kawasan luar bandar.
 Beliau berkata demikian berucap pada Program Membara kembali ke Sekolah dan Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Dewan Serbaguna Kampung Wakuba Tawau.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah menafikan keperluan rakyat, dalam menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk keselesaan rakyat, namun pada masa sama penglibatan persatuan, pertubuhan dan NGO secara tidak langsung menjadi agen menyelami denyut dan nadi masyarakat akar umbi.
Sehubungan itu, Datuk Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata, usaha yang ditunjukkan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PERKEMA), Pusat Zakat Sabah Majlis Ugama Islam Sabah serta Pejabat DUN Apas merupakan usaha murni dalam membantu meringankan beban ibubapa dalam menyediakan keperluan anak-anak sebelum sesi persekolahan bermula.
Pada majlis itu, Datuk Tawfiq telah menyampaikan sumbangan PERKEMA berupa peralatan dan beg sekolah kepada 100 kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di sekitar kampung terbabit.
Turut hadir Setiausaha Politik Haji Naim Haji Ahmat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Apas Sarman Amat Simito dan pemimpin setempat.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan