Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

NGO digesa bangkit bantu golongan kurang mampu

Peserta belia kampung Sri Pandan yang terlibat menjelajah kawasan perkampungan Sri Pandan
Peserta belia kampung Sri Pandan yang terlibat menjelajah kawasan perkampungan Sri Pandan
PUTATAN – Sempena bulan Ramadan ini, Persatuan Belia Kampung Sri Pandan, Putatan telah menjelajah kawasan perkampungan Sri Pandan bagi membantu 10 keluarga yang kurang berkemampuan.
 
Siri Jelajah Bermotor tersebut diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Rasman Baddu yang juga Pengerusi Persatuan Belia Kampung Sri Pandan.
 
Program ini merupakan siri pertama kali diadakan bersama-sama dengan belia daripada kampung tersebut.
 
Menurut Rasman, persatuan tersebut turut menyumbang beras dan keperluan harian hasil daripada kutipan ahli-ahli persatuan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu.
 
“Program berkenaan bertujuan memupuk semangat serta kerjasama ahli-ahli persatuan belia dalam menghayati erti kesusahan dalam konteks sebuah kehidupan.Tanggungjawab membantu golongan berkenaan tidak harus diletakkan di bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk anggota masyarakat,” katanya.
 
Menurut Rasman, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bangkit dan mengambil langkah proaktif dalam hal ini memandangkan golongan kurang bernasib baik di negara ini amat memerlukan bantuan bersepadu daripada semua pihak.
 
Katanya, jumlah bantuan atau sumbangan tidak penting kerana apa yang mustahak ialah beban golongan ini dapat diringankan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan