Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NGO Diberi Ruang Tambah Baik Aktiviti Penyelidikan Alam Semulajadi – Masidi

7:04pm 10/06/2014 Pak Roshan 7 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun

manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersikap terbuka dan memberi ruang kepada badan bukan kerajaan (NGO) dari luar negara untuk memberi pendapat dalam menambah baik aktiviti penyelidikan pemuliharaan alam semulajadi di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata melalui pendekatan itu, polisi penyelidikan sedia ada bukan sahaja boleh ditambah baik malah dapat membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Sabah.

“Melalui usaha pemuliharaan ini, kita boleh duduk bersama untuk berbincang dan saling membantu antara satu sama lain dalam usaha mengekalkan keadaan alam semulajadi,” katanya ketika berucap sempena majlis makan malam dan perasmian Seminar Antarabangsa Serpentine Ekologi kali ke-8, di sini Isnin malam.

Beliau berkata, kerajaan berada di landasan yang betul dalam usaha mengekalkan keadaan alam semulajadi untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Berhubung seminar yang disertai 150 peserta daripada 29 negara, Masidi berkata seminar yang julung kali diadakan di Asia itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk menjamin kehidupan flora dan fauna kekal terpelihara.

Sebanyak 60 kertas kerja akan dibentangkan sepanjang seminar lima hari bermula semalam.

Pada majlis itu, Masidi turut melancarkan buku bertajuk “The Ultramafic Flora of Sabah, An Introduction To The Plant Diversity on Ultramafic Soils” yang dijual pada harga RM180 senaskhah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan