Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NGO buat laporan polis terhadap penganjur Deklarasi Rakyat

3:22pm 10/03/2016 Leolerry Lajius 429 views Jenayah,Tempatan
Zulkarnain (tengah) menunjukkan laporan polis yang menuntut tindakan terhadap deklarasi rakyat yang cuba mengahasut rakyat.-Gambar Oleh Alex Mairin

Zulkarnain (tengah) menunjukkan laporan polis yang menuntut tindakan terhadap deklarasi rakyat yang cuba menghasut rakyat.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Pro Barisan Naisonal (BN) tampil membuat laporan polis terhadap penganjur yang disebut sebagai Deklarasi Rakyat yang dianjurkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Mukhriz dan barisan pembangkang yang didakwa secara jelas memfitnah pihak Polis, SPRM, Bank Negara dan juga PAC.

Laporan itu dibuat presidennya Zulkarnain Mahdar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini, pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata dalam perenggan keempat Deklarasi tersebut menyatakan pemulihan integriti istitusi yang telah dilemahkan dan dikatakan dikawal oleh individu tertentu seperti pihak Polis, SPRM, Bank Negara dan juga PAC adalah fitnah semata-mata.

“Tuduhan ini amat keterlaluan kerana tidak ada bukti yang disertakan secara khusus ketiga-tiga institusi ini termasuk PAC yang diletakkan di bawah parlimen cuba dikawal oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dan laporan ini dibuat agar penganjur deklarasi rakyat dikenakan tindakan di bawah akta fitnah dan hasutan,”katanya.

Zulkarnain turut menyatakan bahawa, isu besar yang mereka cuba bangkitkan iaitu mengenai 1MDB masih dalam siasatan oleh Jabatan Audit Negara serta anggota PAC dan mereka tidak boleh menuduh seseorang yang belum didakwa bersalah oleh mahkamah sebagai bersalah.

“Apa yang kita dapat lihat di sini adalah deklarasi tersebut cuba untuk menghasut rakyat supaya bangkit menolak Perdana Menteri.”

“Malah ada juga cubaan dari pihak mereka untuk membebaskan seorang pemimpin yang telah dibuktikan oleh pihak mahkamah sebagai bersalah, sehingga berkempen hingga ke luar negara malah mahu diangkat sebagai Perdana Menteri,”katanya.

Penandatanganan deklarasi tersebut diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ditandatangani lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR  yang memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan