Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

nggota Rela Perlu Bantu Esscom Jaga Keselamatan Di Esszone-Tawfiq

tawfiqRela

TAWAU: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memelihara keselamatan dan keamanan di Sabah khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, anggota RELA khususnya di Esszone perlu menjadi “mata dan telinga” Esscom dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak keselamatan sekiranya ada anasir jahat yang cuba memasuki kawasan masing-masing.

“Anggota RELA perlu membantu pihak keselamatan kerana mereka sebagai penduduk tempatan di sesebuah kampung akan lebih mengetahui jika berlaku kegiatan jenayah di tempat mereka,” katanya.

Oleh itu mereka haruslah memberi maklumat tepat kepada pihak keselamatan agar anasir jahat itu dapat dibanteras, katanya ketika berucap pada sambutan Hari RELA Tawau, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berharap RELA dapat meningkatkan usaha untuk merekrut lebih ramai anggota baru khususnya daripada golongan remaja bagi meneruskan kesinambungan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.

Pada masa ini, Tawau mempunyai 57 platun dari sembilan mukim dengan keanggotaan seramai 12,065 orang.

Komen


Berita Berkaitan