Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

New York ke London 11 minit sahaja

12:58pm 28/01/2016 Pak Roshan 13 views Global
ANTIPODE yang dilakar artis.

ANTIPODE yang dilakar artis.

London: Keletihan akibat penerbangan jarak jauh yang memakan masa yang lama mungkin berakhir tidak lama lagi dengan pelancaran jet menggunakan kuasa roket.

Dinamakan Antipode, pesawat itu mampu mencecah kelajuan Mach 24 yang 12 kali lebih laju daripada Concorde.

Dengan kelajuan itu, penumpang dari New York boleh tiba di London dalam masa 11 minit sahaja.

Pesawat konsep itu direka oleh Charles Bombardier yang berkata, dia mahu menghasilkan konsep pesawat yang mampu tiba ke destinasinya sepantas yang mungkin.

Antipode boleh berlepas secara terus dari mana-mana lapangan terbang dengan menggunakan booster roket yang dipasang pada sayap pesawat itu.

Booster berkenaan akan menyediakan kuasa terjahan secukupnya untuk menaikkan pesawat itu hingga 12,200 meter ke udara sebelum memberi kuasa kepada pesawat itu hingga Mach 5 (6,175 kilometer sejam).

Roket itu kemudian akan berpisah dari pesawat dan terbang kembali ke pangkalannya.

Mengenai harga, ia bukan murah dan hanya 10 tempat duduk boleh dimuatkan di dalam pesawat itu.

“Kosnya sudah pasti lebih mahal berbanding jet kelas bisnes yang ada sekarang,” kata Bombardier.

Jika rancangan itu menjadi kenyataan, mereka yang menaiki Antipode dari London boleh tiba di Tokyo yang sejauh 9,553 kilometer dalam masa 21 minit. Untuk terbang dari London ke Sydney yang sejauh 17,600 kilometer, masa yang diambil dijangka 40 minit. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan