Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Netizen Kecoh Kemunculan Imej ‘Wajah’ Di Gunung Kinabalu

kinabaluwajah-1

KOTA KINABALU – Kemunculan imej yang menyerupai ‘wajah’ pada permukaan puncak St. John di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial di Sabah.

Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran ‘wajah’ dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung.

“Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara,” katanya.

Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan ‘wajah’ itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.

Yassin berkata pembentukan ‘wajah’ berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu. – mStar Online

Komen


Berita Berkaitan