Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nenek rentung dalam kebakaran

nenek rentung

SANDAKAN: Seorang wanita warga tua ditemui rentung selepas terperangkap dalam rumah kayu dua tingkat terletak di atas bukit di Jalan Lintas Utara-Cecily, dekat sini, pagi tadi.

Ketika kejadian jam 6.30 pagi itu, Voon Hoo Hee, 71, tinggal bersama cucunya yang berusia 25 tahun selepas anak serta tiga lagi cucunya keluar bekerja.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata bomba menerima panggilan pada jam 6.43 pagi sebelum menghantar 16 anggota ke lokasi bersama tiga jentera.

Katanya, kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 8.16 pagi dan mayat mangsa yang rentung ditemui anggota bomba dalam struktur rumah yang musnah.

Komen


Berita Berkaitan