Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nenek penyamun

8:56am 17/05/2016 Pak Roshan 362 views Global
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek selepas menerima wang berkenaan.

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek selepas menerima wang berkenaan.

New Jersey (Amerika Syarikat): Polis semalam melancarkan gerakan memburu seorang nenek yang merompak tiga bank dalam tempoh dua hari di sini.

Wanita warga emas itu yang dipercayai berusia 60-an dan setinggi 1.7 meter itu dilihat memasuki tiga bank berbeza dan menyerahkan nota kepada petugas untuk menuntut wang.

Suspek yang berpakaian hitam dan menutup kepalanya menggunakan skaf dipercayai tidak membawa senjata, tetapi membawa beg hijau setiap kali melakukan rompakan.

Stesen televisyen Fox 11 melaporkan, wanita itu memulakan sesi rompakan pada pagi Jumaat lalu apabila dilihat memasuki bank Wells Fargo di Willingboro, New Jersey.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dia berjalan ke arah kaunter pada jam 11.41 pagi dengan skaf menutup sebahagian mukanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan