Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nenek pembunuh

GAMBAR dari rakaman CCTV menunjukkan Tamara membawa beg plastik berisi sebahagian anggota tubuh mangsanya, minggu lalu.
GAMBAR dari rakaman CCTV menunjukkan Tamara membawa beg plastik berisi sebahagian anggota tubuh mangsanya, minggu lalu.

Moscow: Seorang pesara yang digelar ‘Granny Ripper’ menulis dalam diarinya mengenai pembunuhan yang dilakukannya terhadap sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk mencencang mayat mangsa sepanjang dua dekad lalu.

Suspek pembunuh bersiri Tamara Samsonova, 68, dipercayai memenggal dan mencencang mangsanya di St Petersburg, bandar kedua terbesar Russia.

Bekas pekerja hotel itu mengaku, kehidupan rahsianya yang mengerikan itu dalam diari yang ditulisnya dalam bahasa Russia, Inggeris dan Jerman.

Dia turut menyimpan pelbagai buku mengenai sihir.

Tamara ditangkap beberapa hari lalu selepas rakaman CCTV menunjukkan dia membawa beberapa anggota badan seorang wanita tua dalam beg plastik. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan