Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nenek disyaki dera cucu disiasat

nenek

KOTA KINABALU: Seorang nenek berumur 47 tahun disiasat ekoran dakwaan dia mendera tiga cucunya berumur tiga hingga sembilan tahun.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Supt M. Chandra berkata wanita tersebut ditahan Selasa lalu selepas seorang wanita yang tinggal di kawasan rumah nenek tersebut membuat laporan pada hari tersebut mengenai kekerapan tiga beradik itu didera dan dipukul.

Siasatan menunjukkan tiga beradik itu sering dipukul oleh nenek mereka kerana nakal dan ibu mereka sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah, manakala bapa mereka tidak dapat dikesan.

Tiga beradik itu kemudian dibawa ke hospital dan laporan mendapati terdapat lebam baru dan lama pada tubuh badan tiga beradik itu.

Chandra berkata ketiga-tiga kanak-kanak itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan untuk tindakan selanjutnya.

Komen


Berita Berkaitan