Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nenek Dirompak, Dua Batang Gigi Emas Turut Dilarikan

gambar hiasan
gambar hiasan

SUDAH jatuh ditimpa tangga… Itu lah nasib yang menimpa seorang wanita warga emas apabila dia dirompak di Sarikei, Sarawak, Selasa lalu.

Bukan sahaja kehilangan buku akaun dan barang kemas, malah dua batang gigi emasnya juga telah dilarikan perompak tersebut.

Mangsa, 70, dilaporkan mengalami kecederaan akibat diseret oleh kenderaan yang dinaiki dua penjenayah itu selepas terjatuh ketika sedang bergelut dengan mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superitendan Mat Jusoh Mohamad, mangsa pada mulanya disapa oleh seorang wanita yang tidak dikenali dengan alasan mahu meminjam buku akaun bagi mengeluarkan wang kebajikan miliknya.

Walau bagaimanapun, mangsa dikatakan telah menolak permintaan tersebut sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Ptoron Saga berwarna merah.

“Hasil siasatan awal turut mendapati bahawa mangsa telah dipaksa untuk menanggalkan dua gigi emas miliknya dan anting-anting yang dipakai juga  dirampas perompak tersebut,” kata Mat Jusoh.

Mangsa kemudian ditinggalkan di sebuah kawasan sunyi berhampiran Jambatan Nyelong, sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

“Mangsa cuba menahan kenderaan suspek, namun terjatuh hingga menyebabkannya mengalami kecederaan. Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan beransur pulih,” tambahnya.

Mat Jusoh juga mengesahkan bahawa gerakan mengesan kedua-dua suspek tersebut sudah dilancarkan.

Komen


Berita Berkaitan