Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,673

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nenek didakwa berusia 130 tahun, ada 450 cucu

11:05am 25/10/2016 Pak Roshan 247 views Global
SAHI (kanan) dipercayai berusia 130 tahun. - Hurriyet Daily

SAHI (kanan) dipercayai berusia 130 tahun. – Hurriyet Daily

Ankara: Seorang wanita berusia 97 tahun dari Diyarbakir, tenggara Turki, mendakwa mempunyai 450 cucu hasil tiga perkahwinan.

Bagaimanapun, dalam wawancara dengan akhbar Hurriyet, anggota keluarganya berkata, wanita itu sebenarnya berusia 130 tahun.

Menurut mereka, jumlah cucu yang dimiliki Sahi Tayurak itu berdasarkan bancian tiga tahun lalu.

Jika benar dakwaan itu, Sahi ialah wanita tertua di dunia.

Anaknya, Telliye, 90, berkata, kad pengenalan ibunya menunjukkan dia dilahirkan pada 1919 tetapi percaya ia silap kerana Telliye sendiri dilahirkan pada 1926.

Berdasarkan itu, kata Telliye, keluarganya menganggarkan Sahi berumur 130 tahun,

“Saya selalu berasa sayu apabila berbual dengan ibu mengenai masa lalunya. Dia menceritakan pengalaman hidupnya yang miskin sehingga tidak mampu membeli baju atau kasut.

“Untuk mengira jumlah keseluruhan cucunya, saya menghubungi semua adik-beradik, sepupu, anak saudara dan cucu,” katanya.

Sementara itu, keluarga Sahi berkata, dia cuma menjalani satu pembedahan sepanjang hidupnya untuk membuang batu karang dari hempedu.

Mereka turut mendakwa Sahi menjalani imbasan tulang 15 tahun lalu yang menunjukkan usianya kini 97 tahun. Mereka kini mahukan Sahi menjalani satu lagi pemeriksaan untuk mengetahui usia sebenarnya.

Sahi kini tinggal bersama seorang anak lelakinya di Sur – antara kawasan paling bergolak sejak setahun lalu kerana pertempuran antara pasukan keselamatan Turki dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK). – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan