Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nenek Dan Cucu Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik Di Kota Belud

DUA mangsa yang maut terkena renjatan elektrik di Kampung Tawadakan, Kota Belud. FOTO ihsan Bomba
DUA mangsa yang maut terkena renjatan elektrik di Kampung Tawadakan, Kota Belud. FOTO ihsan Bomba

KOTA KINABALU, 2 April (Bernama) — Seorang wanita warga emas dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa berada di kawasan sawah padi di Kampung Kota Bungan, Kota Belud, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pada mulanya mangsa Sundang Alip, 70, tergelincir dan jatuh ke dalam parit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata cucu mangsa, Awang Mohd Rajip Abd Nazim, 25, yang cuba menyelamatkan mangsa gagal apabila dia turut terkena renjatan elektrik berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat wayar elektrik yang telah putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata jarak mangsa terkena renjatan elektrik dengan tempat wayar putus itu kira-kira 20 meter.

Difahamkan arus elektrik yang mengalir dari dawai elektrik yang terputus itu mengalir ke pagar kawad duri dan juga air parit yang mana Sundang terjatuh.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi dan tiba 15 minit kemudian.

Katanya, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di tempat kejadian dan operasi tamat pada pukul 11.27 pagi.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan