Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nenek, cucu terpelanting dirempuh

11:52am 31/10/2016 Pak Roshan 17 views Global
RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan saat mangsa dirempuh menyebabkan mereka terpelanting. - Mirror.co.uk

RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan saat mangsa dirempuh menyebabkan mereka terpelanting. – Mirror.co.uk

London: Seorang nenek dan dua cucunya cedera dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian dirakam kamera litar tertutup yang turut menunjukkan mangsa terpelanting di udara.

Ketika kejadian di Newham, London, wanita berusia 50 tahun bersama dua cucunya, seorang budak lelaki, 12, dan perempuan, 11, melintas jalan bersama dua lagi murid sekolah apabila sebuah kenderaan dipandu laju tiba-tiba muncul.

Rempuhan yang kuat itu menyebabkan seorang mangsa tercampak sementara seorang lagi dilihat terpelanting sebelum terhentak pada penghadang jalan.

Pemandu kenderaan yang ditemani seorang penumpang itu memberhentikan keretanya seketika di tepi jalan sebelum melarikan diri. Dua budak perempuan yang terselamat kemudian dilihat bergegas menyeberangi jalan untuk meminta pertolongan.

Akibat kejadian itu, wanita terbabit dilaporkan patah tulang belakang serta kaki.

Rakaman itu disiarkan di media sosial dengan harapan dapat membantu siasatan polis dan mengesan pesalah berkenaan.

Polis dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

“Kenderaan yang merempuh mangsa berhenti tidak jauh dari tempat kejadian selepas ditinggalkan dua suspek lelaki yang melarikan diri,” kata kenyataan itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan