Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nenek, Cucu Ditemui Rentung Berpelukan

9:23am 20/05/2016 Pak Roshan 708 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

Putatan – Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung berpelukan apabila terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.

Dalam kejadian 8.15 malam tadi, Kiah Awang, 86, dan cucunya, Nurul Farhana Zulkifli, 15, ditemui anggota Jabatan Bomba da Penyelamat Malaysia(JBPM) sejurus selesai memadamkan api.

Ketua Zon 1 Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Hamsa Isnurdinu berkata, bomba menerima panggilan pada 8.29 malam dan mengerahkan tiga jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, bomba mendapati tiga rumah separa kekal sedang terbakar dan lantas menjalankan kerja mengawal serta memadam api.

“Api dikawal sepenuhnya pada 9.10 malam.

“Pemeriksaan awal kemudian menemui dua mayat rentung dalam satu daripada rumah yang terbakar ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hadir sama Ketua BBP Penampang, Akramin Sakirun.

Hamsa berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi turut dibantu 20 anggota bersama lima jentera dari BBP Kota Kinabalu,” katanya. –myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan