Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nelayan terkejut temui ‘objek misteri’ ditengah laut

4:04pm 31/07/2016 Pak Roshan 13570 views Global
Penemuan 'objek misteri' yang mengejutkan nelayan.

Penemuan ‘objek misteri’ yang mengejutkan nelayan.

BUNBURY – AUSTRALIA. Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon raksasa yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

“Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

“Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya,” kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun. – Sinar Harian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan